Artwork

Kandungan disediakan oleh Lydia Usun Ngimat. Semua kandungan podcast termasuk episod, grafik dan perihalan podcast dimuat naik dan disediakan terus oleh Lydia Usun Ngimat atau rakan kongsi platform podcast mereka. Jika anda percaya seseorang menggunakan karya berhak cipta anda tanpa kebenaran anda, anda boleh mengikuti proses yang digariskan di sini https://ms.player.fm/legal.
Player FM - Aplikasi Podcast
Pergi ke luar talian dengan aplikasi Player FM !

E61: “Hidup Dalam Kuasa Kebangkitan Kristus”, Filipi 3:4-11.

44:20
 
Kongsi
 
Manage episode 289681234 series 2871281
Kandungan disediakan oleh Lydia Usun Ngimat. Semua kandungan podcast termasuk episod, grafik dan perihalan podcast dimuat naik dan disediakan terus oleh Lydia Usun Ngimat atau rakan kongsi platform podcast mereka. Jika anda percaya seseorang menggunakan karya berhak cipta anda tanpa kebenaran anda, anda boleh mengikuti proses yang digariskan di sini https://ms.player.fm/legal.

Shalom.

Teks Firman Tuhan untuk kita hayati pagi ini diambil dari Filipi 3:4-11. Tema perbualan kita adalah “Hidup Dalam Kuasa Kebangkitan Kristus” sebagai dorongan agar kita mengharungi perjalanan hidup kita dengan tabah.

Kita juga akan bersama-sama mengambil Perjamuan Suci dalam kebaktian ini. Di mana pun anda berada, anda dipelewa untuk turut serta.

Dari teks pembacaan kita, Filipi 3:4-11, saya membawa kita untuk menghayati dua perkara:

1. Hidup dalam kuasa kebangkitan adalah hidup yang mengenal Tuhan Yesus Kristus. ayat 8.

2. Hidup dalam kuasa kebangkitan adalah persekutuan dalam penderitaan Kristus. ayat 10.

1. Mengenal Tuhan Yesus Kristus.

Hidup dalam kuasa kebangkitan Kristus adalah hidup kita di dalam Kristus, oleh kasih karunia Allah. Kuasa kebangkitan adalah kuasa Tuhan. Kuasa Tuhan yang membangkitkan Kristus dari kematian. Kuasa itulah yang menghidupkan kita agar mengenal Kristus. Mengenal Yesus Kristus adalah tanda kuasa kebangkitan Tuhan di dalam hidup kita.

Kita bukan sekadar mengetahui tentang Yesus Kristus, tetapi mengenal Dia. Mengenal Kristus bererti, kita bermegah dalam Kristus sahaja. Kemuliaan, kuasa dan hormat adalah milik Tuhan sahaja. Kuasa kebangkitan Kristus adalah kuasa Tuhan agar kita dapat meneruskan perjalanan hidup dengan yakin dan tabah. Tuhan ada ditengah kita.

2. Persekutuan Dalam Penderitaan Kristus.

“… berada dalam Dia bukan dengan kebenaranku sendiri karena mentaati hukum Taurat, melainkan dengan kebenaran karena kepercayaan kepada Kristus, yaitu kebenaran yang Allah anugerahkan berdasarkan kepercayaan. Yang kukehendaki ialah mengenal Dia dan kuasa kebangkitan-Nya dan persekutuan dalam penderitaan-Nya ...”, ayat 9 - 10.

Kerana kita berada dalam Kristus, hidup dalam kuasa kebangkitan adalah persekutuan dalam penderitaan Kristus. Kuasa kebangkitan Kristus tidak dapat kita pisah dari persekutuan dalam penderitaan Kristus. Jumaat Agung tidak dapat kita pisah dari Hari Kebangkitan (Hari Easter).

Berada dalam Kristus dan persekutuan dalam penderitaan Kristus boleh dilihat juga sebagai proses permurnian atau pengudusan kita. Pembentukan kerohanian kita. Dari teks kita, kita telah membaca, “di mana aku menjadi serupa dengan Dia dalam kematian-Nya, supaya aku akhirnya beroleh kebangkitan dari antara orang mati.”

“Menjadi serupa”, merujuk kepada proses, kita mengalami kuasa kebangkitan terus menerus, agar menjadi serupa Kristus. Persekutuan kita dalam penderitaan Kristus adalah tanda kasih anugerah Tuhan yang meneguhkan harapan kita dalam Kristus.

Kesimpulan:

Saudara, Saudari yang dikasihi dalam Kristus, Tuhan Yesus berjanji menyertai kita sentiasa. Berhubunglah sentiasa dengan Dia. Dengar suara-Nya dalam Alkitab. Berbicara dengan-Nya dalam doa. Hidup dalam kuasa kebangkitan adalah hidup yang mengenal Tuhan Yesus Kristus, bukan sekadar mengetahui tentang Yesus. Kita kenal Dia sebagai Tuhan, Raja dan Juruselamat kita. Dan, hidup dalam kuasa kebangkitan adalah persekutuan dalam penderitaan Kristus, kita tabah dalam perjalanan hidup kita, mengetahui bahawa kita berada di dalam Kristus.

Tuhan memberkati semua.

Lydia.

[Firman Tuhan dikongsi dalam Kebaktian Hari Ahad, 11 April 2021, 8.30am. BEM Lutong Baru BM.]

--- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/lydia341/message
  continue reading

78 episod

Artwork
iconKongsi
 
Semua episod

×
 
Loading …

Selamat datang ke Player FM

Player FM mengimbas laman-laman web bagi podcast berkualiti tinggi untuk anda nikmati sekarang. Ia merupakan aplikasi podcast terbaik dan berfungsi untuk Android, iPhone, dan web. Daftar untuk melaraskan langganan merentasi peranti.

Panduan Rujukan Pantas

Podcast Teratas