Artwork

Kandungan disediakan oleh Lydia Usun Ngimat. Semua kandungan podcast termasuk episod, grafik dan perihalan podcast dimuat naik dan disediakan terus oleh Lydia Usun Ngimat atau rakan kongsi platform podcast mereka. Jika anda percaya seseorang menggunakan karya berhak cipta anda tanpa kebenaran anda, anda boleh mengikuti proses yang digariskan di sini https://ms.player.fm/legal.
Player FM - Aplikasi Podcast
Pergi ke luar talian dengan aplikasi Player FM !

E70: Berdiri Tegap Dalam Injil Damai Sejahtera, Efesus 6:15.

45:49
 
Kongsi
 
Manage episode 296644736 series 2871281
Kandungan disediakan oleh Lydia Usun Ngimat. Semua kandungan podcast termasuk episod, grafik dan perihalan podcast dimuat naik dan disediakan terus oleh Lydia Usun Ngimat atau rakan kongsi platform podcast mereka. Jika anda percaya seseorang menggunakan karya berhak cipta anda tanpa kebenaran anda, anda boleh mengikuti proses yang digariskan di sini https://ms.player.fm/legal.

Shalom!

Selamat beribadah, di mana pun anda berada. Terima kasih kerana hadir untuk bersama-sama beribadah dalam Kebaktian Ahad pagi ini.

Kita menghadapi musuh yang berusaha keras untuk merosak segala-gala yang baik dan merampas kedamaian kita. Setan mahu merosak kehidupan kita, keluarga kita, harapan kita. Dia mahu merosak hubungan kita dengan Tuhan. Tetapi di dalam peperangan rohani yang kita hadapi, kita diyakinkan oleh Firman Tuhan bahawa, kita kuat di dalam Tuhan. Kita kuat di dalam kekuatan kuasa Tuhan. Tuhan-lah yang memiliki kuasa untuk memberi kita kemenangan dalam setiap yang kita hadapi bagi kemuliaan-Nya.

Saya membawa kita untuk membaca dan merenung sekali lagi Efesus 6:10-20. Kita akan menghayati dan fokus atas ayat 15. Tema perbualan kita adalah, “Berdiri Tegap Dalam Injil Damai Sejahtera”.
Efesus 6:14-15, ITB;
Jadi berdirilah tegap, berikatpinggangkan kebenaran dan berbajuzirahkan keadilan, kakimu berkasutkan kerelaan untuk memberitakan Injil damai sejahtera.”

Bahawa Tuhan mahu memberi kita kemenangan, merupakan Injil damai sejahtera itu. Injil atau Berita Baik yang memberi kita damai sejahtera adalah bahawa Tuhan Yesus, Raja Damai telah lahir kedalam dunia untuk memberikan kita damai sejahtera, walaupun kita sedang dalam menghadapi keadaan yang sukar dan mencabar dalam hidup di dunia ini, (Lukas 2:10, Matius 1:21). Allah adalah sumber Damai Sejahtera kita. Ini yang membuat kita kuat di dalam kekuatan Tuhan. Kita menang di dalam Tuhan. Maka, “kakimu berkasutkan kerelaan untuk memberitakan Injil damai sejahtera”, merupakan keberadaan kita di dalam Tuhan.

Rasul Paulus di Efesus 6:15, “kakimu berkasutkan kerelaan untuk memberitakan Injil damai sejahtera”, sedang mendasari nasihatnya di atas Firman Tuhan yang dia kenal dan di atas Kristus yang telah memperkenal Diri-Nya kepada Paulus dan telah menjadi Penyelamatnya.

Firman Tuhan di Yesaya 52:7, “Alangkah indahnya di atas gunung-gunung melihat kaki mereka yang membawa berita baik, yang mengkhabarkan kedamaian, yang membawa khabar kesukaan, yang mengkhabarkan penyelamatan, yang berkata kepada Sion, "Allah-mu bertakhta!" (AVB). Berita baik atau Injil damai sejahtera itu adalah bahawa "Allah bertakhta", bahawa “Allah Raja” (ITB).

Berita baik, adalah Allah bertakhta dan Dia akan menyelamatkan umat-Nya dari dosa mereka (Matius 1:21). Itulah Injil. Itulah Injil damai sejahtera. Firman Tuhan, Berita Baik ini, bukan sesuatu yang berkemungkinan, yang ragu-ragu. Ia bukan sesuatu yang mungkin jadi atau tidak jadi. Berita baik adalah pengisytiharan bahawa Allah semesta alam memerintah dan bertakhta ketika ini dan menjalankan kehendak-Nya untuk menebus dan menyelamat umat-Nya.

Jadi, pada hari ini, sekiranya anda berada di dalam Yesus Kristus, itu adalah berita baik. Berada di dalam Kristus adalah berita baik yang memberi kekuatan kepada anda dan saya melalui apa pun penderitaan atau cobaan yang kita hadapi. Inilah berita yang kita akui dan isytiharkan. Kita selamat di dalam Tuhan Yesus Kristus.

Yohanes 14:27, “Damai sejahtera Ku-tinggalkan bagimu. Damai sejahtera-Ku Ku-berikan kepadamu, dan apa yang Ku-berikan tidak seperti yang diberikan oleh dunia kepadamu. Janganlah gelisah dan gentar hatimu.”

Umat Tuhan yang dikasihi, Tuhan memberkati semua.

Lydia.

[Firman Tuhan dikongsi dalam Kebaktian Hari Ahad BEM Lutong Baru BM, 04 July 2021, 8.30 am. Pujian Penyembahan Dipimpin Puan Paya Wan & Keluarga.]

--- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/lydia341/message
  continue reading

78 episod

Artwork
iconKongsi
 
Semua episod

×
 
Loading …

Selamat datang ke Player FM

Player FM mengimbas laman-laman web bagi podcast berkualiti tinggi untuk anda nikmati sekarang. Ia merupakan aplikasi podcast terbaik dan berfungsi untuk Android, iPhone, dan web. Daftar untuk melaraskan langganan merentasi peranti.

Panduan Rujukan Pantas

Podcast Teratas