Artwork

Kandungan disediakan oleh Lydia Usun Ngimat. Semua kandungan podcast termasuk episod, grafik dan perihalan podcast dimuat naik dan disediakan terus oleh Lydia Usun Ngimat atau rakan kongsi platform podcast mereka. Jika anda percaya seseorang menggunakan karya berhak cipta anda tanpa kebenaran anda, anda boleh mengikuti proses yang digariskan di sini https://ms.player.fm/legal.
Player FM - Aplikasi Podcast
Pergi ke luar talian dengan aplikasi Player FM !

E69: Berdiri Tegap Di Dalam Kristus, Efesus 6:10-20.

42:22
 
Kongsi
 
Manage episode 296035965 series 2871281
Kandungan disediakan oleh Lydia Usun Ngimat. Semua kandungan podcast termasuk episod, grafik dan perihalan podcast dimuat naik dan disediakan terus oleh Lydia Usun Ngimat atau rakan kongsi platform podcast mereka. Jika anda percaya seseorang menggunakan karya berhak cipta anda tanpa kebenaran anda, anda boleh mengikuti proses yang digariskan di sini https://ms.player.fm/legal.

Shalom!

Selamat beribadah kepada kita semua, di mana pun kita berada.

Tajuk renungan kita pagi ini adalah, “Berdiri Tegap Di Dalam Kristus.” Kita telah diberi perlengkapan senjata Allah. Kita dapat melalui masa-masa yang mencabar kerana perlengkapan yang ada pada kita di dalam Kristus.

Teks, Efesus 6.10-20, yang kita telah baca menggambarkan perjalanan hidup yang sedang kita jalani sebagai medan peperangan. Kita semua berada di tengah-tengah medan peperangan yang memerlukan kita memakai perlengkapan senjata yang lengkap. Tidak ada satu orang pun terkecuali. Tetapi peperangan ini bukanlah melawan darah dan daging. Kita sedang melawan “tipu muslihat Iblis”. Kita berperang “melawan roh-roh jahat di udara.” Peperangan kita adalah Peperangan Rohani.

Bagaimanakah kita dapat bertahan dan berdiri tegap dalam peperangan hidup ini? Di ayat 10, Efesus 6, Rasul Paulus mengingatkan bahawa kita kuat di dalam Tuhan. Kita kuat di dalam kekuatan kuasa Tuhan. Kita kuat dan dapat berdiri tegap di dalam Kristus.

Kita akan menghayati dua perkara yang membolehkan kita untuk berdiri tegap dalam menempuhi cabaran hidup.

1. Memakai seluruh perlengkapan senjata daripada Allah.

2. Mengenakan Tuhan Yesus Kristus.

“Seluruh perlengkapan sejata Allah”yang disebut dalam Efesus 6:13-17 adalah gambaran Tuhan Yesus Kristus.

Kita kuat dan dapat berdiri tegap di dalam Kristus. Mengenakan atau memakai, “seluruh perlengkapan senjata Allah” adalah mengenakan Tuhan Yesus Kristus. Di dalam Tuhan dan di dalam kekuatan kuasa-Nya kita dapat bertahan dan berdiri tegap dalam menepuhi cabaran.

Kita sedang bertempur di medan peperangan rohani. Kita bertempur dalam kekuatan yang Tuhan beri kepada kita. Kadang-kadang kita merasa bahawa kita tidak dapat berbuat apa-apa, seolah-olah kita dikelilingi musuh. Keselamatan adalah milik Tuhan dan datang dari Tuhan. Tuhan-lah yang memberi kita kemenangan. Di dalam Tuhan kita kuat dan menang.

Mari kita dengan yakin berkata seperti kata-kata Rasul Paulus di Filipi 4:13, “segala perkara dapat kutanggung di dalam Dia yang memberi kekuatan kepadaku.”

Kiranya Roh Tuhan meyakini kita agar berdiri tegap di dalam Kristus. Amen.

Umat Tuhan yang dikasihi, Tuhan memberkati semua.

Lydia.

[Firman Tuhan dikongsi dalam Kebaktian Hari Ahad BEM Lutong Baru BM, 27 Jun 2021, 8.30 am. Pujian Penyembahan Dipimpin Puan Hunyang Garong & Keluarga.]

--- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/lydia341/message
  continue reading

78 episod

Artwork
iconKongsi
 
Semua episod

×
 
Loading …

Selamat datang ke Player FM

Player FM mengimbas laman-laman web bagi podcast berkualiti tinggi untuk anda nikmati sekarang. Ia merupakan aplikasi podcast terbaik dan berfungsi untuk Android, iPhone, dan web. Daftar untuk melaraskan langganan merentasi peranti.

Panduan Rujukan Pantas

Podcast Teratas