Artwork

Kandungan disediakan oleh Lydia Usun Ngimat. Semua kandungan podcast termasuk episod, grafik dan perihalan podcast dimuat naik dan disediakan terus oleh Lydia Usun Ngimat atau rakan kongsi platform podcast mereka. Jika anda percaya seseorang menggunakan karya berhak cipta anda tanpa kebenaran anda, anda boleh mengikuti proses yang digariskan di sini https://ms.player.fm/legal.
Player FM - Aplikasi Podcast
Pergi ke luar talian dengan aplikasi Player FM !

E68: “Kebapaan Tuhan.” [Renungan Sempena Hari Bapa]

50:02
 
Kongsi
 
Manage episode 295546575 series 2871281
Kandungan disediakan oleh Lydia Usun Ngimat. Semua kandungan podcast termasuk episod, grafik dan perihalan podcast dimuat naik dan disediakan terus oleh Lydia Usun Ngimat atau rakan kongsi platform podcast mereka. Jika anda percaya seseorang menggunakan karya berhak cipta anda tanpa kebenaran anda, anda boleh mengikuti proses yang digariskan di sini https://ms.player.fm/legal.

Shalom umat Tuhan yang dikasihi.

Selamat beribadah kepada kita semua, di mana pun kita berada.

Selamat Hari Bapa.

Pagi ini kita menghargai Bapa-Bapa diantara kita. Dan, sempena Hari Bapa, saya membawa kita untuk menghayati panggilan “Bapa Kami” dari doa “Bapa Kami” di Matius 6:9, yang kita sering ucapkan dan ramai dari kita kenal dan hafal.

“Bapa kami yang di sorga, Dikuduskanlah nama-Mu, ..." [Matius 6:9-13, ITB]

Dari teks Firman Tuhan yang telah kita baca, saya membawa kita menghayati dua sifat “Kebapaan Tuhan” sebagai dorongan agar setiap kita dibawa kembali untuk melihat kepada Allah, yang kita hampiri dan panggil sebagai “Bapa” dalam doa-doa kita. Allah adalah Bapa kita. Tajuk perbualan kita adalah, “Kebapaan Tuhan”.

Kita dapat memanggil Allah, Bapa, oleh kerana perbuatan-Nya Sendiri. Firman Tuhan di Efesus 1:5, menyebut bahawa kita dijadi atau diangkat sebagai anak kerana Yesus Kristus. “Dalam kasih, Dia telah menentukan kita dari mulanya untuk diangkat sebagai anak oleh Yesus Kristus kepada diri-Nya, menurut keredaan dan kehendak-Nya,” (AVB).

Oleh Yesus Kristus, menurut keredaan dan kehendak Allah, kita diangkat sebagai anak. Kerana anugerah Tuhan semata-mata kita diselamatkan dan diangkat sebagai anak. Sebagai anak angkat, kita dengan itu dapat menghampiri Tuhan dan memanggil-Nya, “Bapa”.

(1) Sifat Kebapaan Tuhan yang pertama kita hayati pagi ini adalah, “Kasih Sayang Bapa”. Dia adalah Bapa yang penuh belas kasihan. Bapa yang Maha Pemurah, Bapa yang Maha Pengasih dan Bapa yang Maha Penyayang.

Nabi Yesaya mengambarkan kasih sayang Allah Bapa kepada kita di Yesaya 46 sebagai Bapa yang bersama kita senantiasa, sejak dari dalam kandungan ibu kita terus-menerus ke alam kanak-kanak, alam dewasa kita dan melalui masa tua kita. Allah bukan saja sentiasa bersama kita, Dia mendukung kita kerana Dia Bapa kita. Dalam Yesaya 46:3-4, Tuhan berfirman melalui Nabi Yesaya begini, “…. hai orang-orang yang Ku-dukung sejak dari kandungan, hai orang-orang yang Ku-junjung sejak dari rahim. Sampai masa tuamu Aku tetap Dia dan sampai masa putih rambutmu Aku menggendong kamu. Aku telah melakukannya dan mau menanggung kamu terus; Aku mau memikul kamu dan menyelamatkan kamu.”

(2) Sifat Kebapaan Tuhan yang kedua untuk kita hayati pagi ini adalah, “Didikan dan Teguran Bapa”.

Di Amsal 3:11-12 kita membaca, “Hai anakku, jangan pandang sepi pengajaran TUHAN, dan janganlah berasa geram terhadap teguran-Nya, kerana TUHAN menegur orang yang dikasihi-Nya, seperti seorang bapa terhadap anak yang dikasihinya.”

Kesimpulan:

Selamat Hari Bapa. Hari ini hari untuk kita bersukacita di dalam Tuhan. Sebagai manusia yang rapuh dan lemah, Tuhan telah dalam anugerah-Nya memperbolehkan dan memampu dan melengkapi anda yang digelar bapa untuk memikul tanggungjawab sebagai bapa yang mengasihi, menyayangi, dan mendisiplinkan anak-anak yang dipertanggungjawabkan Tuhan kepada anda. Anda tidak dapat melakukan tanggungjawab anda sebagai bapa dengan kekuatan anda sendiri. Anda dan saya perlu bergantung kepada Allah Bapa, yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Allah Bapa akan memimpin melalui Roh dan Firman-Nya dan mengurapi anda dalam menjalankan peranan anda sebagai seorang bapa.

Umat Tuhan yang dikasihi, Tuhan memberkati semua.

Lydia.

[Firman Tuhan dikongsi dalam Kebaktian Hari Ahad BEM Lutong Baru BM, 20 Jun 2021, 8.30 am, sempena HARI BAPA. Pujian Penyembahan Dipimpin Puan Tracy Saman & Keluarga.]

--- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/lydia341/message
  continue reading

78 episod

Artwork
iconKongsi
 
Semua episod

×
 
Loading …

Selamat datang ke Player FM

Player FM mengimbas laman-laman web bagi podcast berkualiti tinggi untuk anda nikmati sekarang. Ia merupakan aplikasi podcast terbaik dan berfungsi untuk Android, iPhone, dan web. Daftar untuk melaraskan langganan merentasi peranti.

Panduan Rujukan Pantas

Podcast Teratas