Artwork

Kandungan disediakan oleh Lydia Usun Ngimat. Semua kandungan podcast termasuk episod, grafik dan perihalan podcast dimuat naik dan disediakan terus oleh Lydia Usun Ngimat atau rakan kongsi platform podcast mereka. Jika anda percaya seseorang menggunakan karya berhak cipta anda tanpa kebenaran anda, anda boleh mengikuti proses yang digariskan di sini https://ms.player.fm/legal.
Player FM - Aplikasi Podcast
Pergi ke luar talian dengan aplikasi Player FM !

E52: PERJALANAN HIDUP ORANG PERCAYA, IBRANI 11:13-16.

31:36
 
Kongsi
 
Manage episode 286116532 series 2871281
Kandungan disediakan oleh Lydia Usun Ngimat. Semua kandungan podcast termasuk episod, grafik dan perihalan podcast dimuat naik dan disediakan terus oleh Lydia Usun Ngimat atau rakan kongsi platform podcast mereka. Jika anda percaya seseorang menggunakan karya berhak cipta anda tanpa kebenaran anda, anda boleh mengikuti proses yang digariskan di sini https://ms.player.fm/legal.

Shalom,

Dalam Kebaktian Hari Ahad pertama 2020, kita telah menghayati Roma 8:37 sebagai landasan untuk kita bagi merentasi tahun 2020. Dari Firman Tuhan di Roma 8:37, kita didorong begini, “… kita lebih dari pada orang-orang yang menang, oleh Dia yang telah mengasihi kita.” (ITB). Roma 8:37 dalam konteks, iaitu, dalam ayat seterusnya, ayat 38, memberitahu kita bahawa kita berada “dalam bahaya maut sepanjang hari, … dianggap sebagai domba-domba sembelihan”. Iaitu, kita tidak terkecuali dari cabaran, rintangan, dan tantangan, dalam perjalanan hidup kita; yang mungkin tidak dapat kita fahami. Dan kebanyakan khotbah-khotbah seterusnya adalah bagi mendorong kita dalam perjalanan hidup ini; bahawa Allah mengasihi kita dengan kasih yang kekal.

15 Mac 2020, Hari Ahad sebelum Perintah Kawalan Pergerakkan dikuatkuasa, kita menghayati Mazmur 73 dan menyimpul serta diyakinkan bahawa apapun yang kita tempuhi dalam perjalanan hidup ini, Tuhan ada di tengah kita. Dalam kata-kata nabi Zefanya, “TUHAN Allah-mu ada di antaramu sebagai pahlawan yang memberi kemenangan. Ia bergirang kerana engkau dengan sukacita. Ia membaharui engkau dalam kasih-Nya. Ia bersorak-sorak karena engkau dengan sorak-sorai”, Zefanya 3:17. Allah ada di tengah kita. Dia beserta kita. Dia ada di tengah kita sebagai pahlawan yang memberi kemenangan. Kita lebih dari pemenang, kerana Allah mengasihi kita..

Hari ini, 30 Ogos 2020, saya yakin, bahawa, setelah mengharungi lapan bulan, setiap kita dapat sekali lagi mengakui dengan yakin bahawa kita “lebih dari pemenang” kerana Allah mengasihi kita. Tuhan tidak berubah. Kasih-Nya terhadap kita tetap.

Tajuk perkongsian saya pagi ini adalah “Perjalanan Hidup Orang Percaya”; sebagai lanjutan dari apa yang kita hayati pada awal tahun, dan sebagai dorongan bahawa mata Tuhan tetap terarah kepada kita. Teks renungan kita adalah Ibrani 11:13-16.

Dalam iman mereka semua ini telah mati sebagai orang-orang yang tidak memperoleh apa yang dijanjikan itu, tetapi yang hanya dari jauh melihatnya dan melambai-lambai kepadanya dan yang mengakui, bahwa mereka adalah orang asing dan pendatang di bumi ini. Sebab mereka yang berkata demikian menyatakan, bahwa mereka dengan rindu mencari suatu tanah air. Dan kalau sekiranya dalam hal itu mereka ingat akan tanah asal, yang telah mereka tinggalkan, maka mereka cukup mempunyai kesempatan untuk pulang ke situ. Tetapi sekarang mereka merindukan tanah air yang lebih baik yaitu satu tanah air sorgawi. Sebab itu Allah tidak malu disebut Allah mereka, karena Ia telah mempersiapkan sebuah kota bagi mereka.

Kehidupan kita, boleh dilihat sebagai satu perjalanan. Pergerakan kehidupan kita tidak dapat kita tahan. Masa tetap berlalu. Sekarang akan berubah menjadi masa silam esok hari.

Bagi kita, orang-orang percaya, kita melihat perjalanan hidup sebagai bukti anugerah Tuhan, dimana kita dibentuk dan bertumbuh untuk mengenal siapa diri kita didalam Kristus. Dan dari teks pembacaan kita, hidup kita bukan sahaja satu perjalanan, tetapi ianya satu perjalanan yang mempunyai arahtuju yang terang, dan, kepada destinasi yang pasti. Iaitu, kehidupan adalah satu perjalanan menuju destinasi yang pasti.

Kehidupan adalah satu perjalanan menuju destinasi yang pasti. Itu adalah rumusan untuk “Perjalanan Hidup Orang Percaya”, tajuk perbualan kita pagi ini. Dan dari teks kita, saya membawa kita untuk menghayati dua perkara.

(1). Kehidupan adalah satu perjalanan iman, dan (2). Kehidupan adalah satu destinasi pasti.
Tuhan memberkati.

Lydia.

[Firman Tuhan dikongsi pada Kebaktian Hari Ahad, 30 Ogos 2020, 10AM]

*Pujian-Penyembahan dipimpin oleh Puan Angela Mancha & Keluarga.

--- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/lydia341/message
  continue reading

78 episod

Artwork
iconKongsi
 
Semua episod

×
 
Loading …

Selamat datang ke Player FM

Player FM mengimbas laman-laman web bagi podcast berkualiti tinggi untuk anda nikmati sekarang. Ia merupakan aplikasi podcast terbaik dan berfungsi untuk Android, iPhone, dan web. Daftar untuk melaraskan langganan merentasi peranti.

Panduan Rujukan Pantas

Podcast Teratas