E59: “Mencari dan Mengenal Hikmat, Amsal 4:7.”

34:29
 
Kongsi
 

Manage episode 286716762 series 2871281
Oleh Lydia Usun Ngimat ditemui oleh Player FM dan komuniti kami - hak cipta dimiliki oleh penerbit, bukan Player FM, dan audio distrim secara langsung dari pelayan mereka. Tekan butang Langgan untuk mengesan kemas kini di Player FM, atau tampal suapan URL ke dalam aplikasi podcast lain.

[Nota: Perjamuan Tuhan diadakan dalam kebaktian ini. Anda dipelawa untuk turut serta. Anda boleh ‘pause’ audio acara untuk menyesuaikan kelajuan masa.]

Shalom.

Pagi ini, teks renungan kita diambil dari Amsal 4:7. Tema perbualan kita adalah “Mencari dan Mengenal Hikmat” sebagai ajakan dan dorongan bahawa kita, dapat menemui dan memperoleh hikmat. Hikmat bukan satu rahsia atau sesuatu yang tersembunyi dari kita.

Kita juga akan bersama-sama mengambil Perjamuan Suci dalam kebaktian ini. Di mana pun anda berada, anda dipelewa untuk turut serta.

Amsal 4:7 (ITB), “Permulaan hikmat ialah: perolehlah hikmat dan dengan segala yang kauperoleh perolehlah pengertian.” Dari Alkitab Berita Baik, “Perkara yang paling mustahak yang harus kamu usahakan adalah mendapat hikmat. Apa pun yang kamu kejar, yang terutama adalah mendapat pengertian.” Dan dari Alkitab Versi Borneo, “Hikmah adalah yang paling utama. Peroleh hikmah dengan segala pemerolehanmu itu, perolehlah pengertian.”

Saya galak anda untuk membaca Buku Amsal, dan membacanya berulang-ulang. Sebagai permulaan dan untuk memudah pembacaan kita, tiga puluh satu fasal dalam Buku Amsal dapat kita bagi kepada dua bahagian, iaitu, Fasal 1 hingga Fasal 9 adalah gambaran umum perkara-perkara yang disebut dengan terperinci dalam Fasal 10 hingga Fasal 31.

Kita akan membaca beberapa petikan dari Fasal 1 hingga Fasal 9 untuk menghayati tajuk perbualan kita, “Mencari dan Mengenal Hikmat”.

Takut akan Tuhan bermaksud bahawa hikmat dan pengetahuan tidak mungkin tanpa kerpercayaan kepada Tuhan. Kita perlu ada iman, dan percaya bahawa Tuhan wujud. Iaitu, kerana kita beriman, kita mencari pengertian akan hikmat. Dalam masa yang sama, bila kita bersungguh-sungguh mencari hikmat, takut akan Tuhan itu timbul dalam kita, dalam kita mencari hikmat. Amsal 2:4-5, “…jikalau engkau mencarinya (iaitu, hikmat) seperti mencari perak, dan mengejarnya seperti mengejar harta terpendam, maka engkau akan memperoleh pengertian tentang takut akan Tuhan dan mendapat pengenalan akan Allah.”

Hikmat berasal dari Tuhan (Amsal 1:7; 9:10); dan hikmat membawa kita kepada hikmat itu sendiri (Amsal 2:5). Amsal 4:7, “Permulaan hikmat ialah: perolehlah hikmat dan dengan segala yang kau peroleh perolehlah pengertian.” Bila kita mencari, kita akan mengenal hikmat.

Tentang Yesus Kristus, Nabi Yesaya telah bernubuat sebelum kelahiran Kristus, berkata, “Roh Tuhan akan ada pada-Nya, Roh hikmat dan pengertian, Roh nasihat dan keperkasaan, Roh pengenalan dan takut akan Tuhan; ya, kesenangan-Nya ialah takut akan Tuhan.” Yesaya 11:2.

Kristus-lah hikmat kita, “sebab di dalam Dia-lah tersembunyi segala harta hikmat dan pengetahuan”, (Kolose 2:3).

Tuhan memberkati kita semua.

Lydia.

Pujian Penyembahan Dipimpin Puan Angela Mancha & Keluarga.

Kebaktian Hari Ahad, 7 March 2021, 8.30am. BEM Lutong Baru BM.

--- Send in a voice message: https://anchor.fm/lydia341/message

71 episod