E38: "Berbahagialah Bangsa Yang Allah-nya Ialah TUHAN" – Mazmur 144
Manage episode 286116545 series 2871281
Shalom.
[Perjamuan Tuhan: anda dipelawa untuk turut serta dalam Perjamuan Tuhan, dan sekiranya audio acara laju, anda boleh “pause” audio dari masa ke masa.]
Pagi ini kita menghayati Mazmur 144. Mazmur 144 disebut sebagai dari Daud. Iaitu, Mazmur Raja Daud. Kita mengambil tema perbualan kita dari ayat 15. "Berbahagialah Bangsa Yang Allah-nya Ialah TUHAN", ITB dan dari Bahasa Malaysia - Berita Baik, “Diberkatilah Orang Yang Allah-nya ialah TUHAN”.
Kita akan melihat tiga perkara kenapa orang yang Allah-nya ialah TUHAN disebut bahagia atau diberkati.
Mereka bahagia atau diberkati kerana,
1. Allah memelihara mereka, 1 – 4.
2. Allah menyelamat dan memberi mereka kemenagan, 5 – 11.
3. Allah memberkati mereka dengan limpah, 12 -15.
Orang-orang yang mengandalkan Tuhan, yang menaruhkan harapan mereka dalam Tuhan menikmati manfaat dan berkat yang datang dari Tuhan. Orang-orang yang Allah-nya ialah TUHAN disebut bahagia atau diberkati, kerana Allah memelihara, menyelamat dan memberi mereka kemenangan; mereka dapat menikmati manfaat dari kasih anugerah Tuhan.
Saudara, Saudari, Keluarga besar yang dikasihi dan diberkati, pagi ini, saya yakin, kita dapat berkata dengan yakin bahawa kitalah, bahawa andalah, orang yang berbahagia dan diberkati itu. Letakkan nama anda dalam pengakuan itu, “Berbahagialah dan diberkatilah (sebut nama anda) kerana Allah-nya ialah TUHAN”.
Renungan Untuk Perjamuan Tuhan: Efesus 1:3-14
Pagi ini, sebagai pengisytiharan bahawa kita adalah orang-orang yang diberkati dan bahagia semata-mata kerana kasih kurnia dan rahmat Tuhan, kita akan bersama-sama di meja Tuhan untuk mengambil perjamuan Tuhan.
“Terpujilah Allah dan Bapa Tuhan kita Yesus Kristus yang dalam Kristus telah mengaruniakan kepada kita segala berkat rohani di dalam sorga. Sebab di dalam Dia Allah telah memilih kita sebelum dunia dijadikan, supaya kita kudus dan tak bercacat di hadapan-Nya. Dalam kasih Ia telah menentukan kita dari semula oleh Yesus Kristus untuk menjadi anak-anak-Nya, sesuai dengan kerelaan kehendak-Nya, supaya terpujilah kasih karunia-Nya yang mulia, yang dikaruniakan-Nya kepada kita di dalam Dia, yang dikasihi-Nya. Sebab di dalam Dia dan oleh darah-Nya kita beroleh penebusan, yaitu pengampunan dosa, menurut kekayaan kasih karunia-Nya, yang dilimpahkan-Nya kepada kita dalam segala hikmat dan pengertian.” Efesus 1:3-8, ITB.
Puji Tuhan.
Lydia.
[Firman Tuhan dikongsi dalam Kebaktian Hari Ahad, 05 July 2020]
--- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/lydia341/message78 episod