Artwork

Kandungan disediakan oleh Lydia Usun Ngimat. Semua kandungan podcast termasuk episod, grafik dan perihalan podcast dimuat naik dan disediakan terus oleh Lydia Usun Ngimat atau rakan kongsi platform podcast mereka. Jika anda percaya seseorang menggunakan karya berhak cipta anda tanpa kebenaran anda, anda boleh mengikuti proses yang digariskan di sini https://ms.player.fm/legal.
Player FM - Aplikasi Podcast
Pergi ke luar talian dengan aplikasi Player FM !

E45: Mengatasi Godaan, Yakobus 1:12-18

23:35
 
Kongsi
 
Manage episode 286116538 series 2871281
Kandungan disediakan oleh Lydia Usun Ngimat. Semua kandungan podcast termasuk episod, grafik dan perihalan podcast dimuat naik dan disediakan terus oleh Lydia Usun Ngimat atau rakan kongsi platform podcast mereka. Jika anda percaya seseorang menggunakan karya berhak cipta anda tanpa kebenaran anda, anda boleh mengikuti proses yang digariskan di sini https://ms.player.fm/legal.

KEBAKTIAN HARI AHAD, 02 AUGUST 2020, 10AM.

[Perjamuan Tuhan: anda dipelawa untuk turut serta dalam Perjamuan Tuhan, dan sekiranya audio acara laju, anda boleh “pause” audio dari masa ke masa.]

Shalom.

Saudara, Saudari, keluarga besarku yang dikasihi dalam Tuhan Yesus Kristus.

Hari ini saya membawa kita untuk berbual mengenai tajuk “Mengatasi Godaan”.

Ketika kita memulakan perjalanan hidup sebagai seorang Kristian, ramai dari kita telah mengikuti kelas-kelas asas mengenai iman kita dalam Tuhan Yesus Kristus. Antara topik asas yang kita perlu tahu dan seterusnya dapat ceritakan dan kongsikan kepada orang lain adalah: keyakinan keselamatan didalam Tuhan Yesus Kristus; hubungan dengan Tuhan melalui doa dan mendengar Dia berbicara kepada kita melalui Alkitab, Firman Tuhan ditulis; dan tekun dalam persekutuan dengan orang-orang percaya dalam beribadah kepada Tuhan. Antara lain, semua kelas-kelas asas ini kita adakan, agar kita tahu dan kenal bahawa dalam perjalanan hidup, kita semua bergelut dengan godaan untuk berdosa.

Kita membaca Yakobus 1:12-18, sebagai landasan perbualan kita.

Godaan bukan sesuatu yang asing. Godaan bukan dosa. Godaan adalah perangkap nyata yang berusaha mengalih perhatian kita agar tersasar dari “Jalan Kebenaran dan Hidup”. Godaan mahu memikat dan mengheret kita ke dalam dosa. Tetapi, dalam kasih anugerah Tuhan, kita dapat mengatasi godaan. Banyak sumber tersedia untuk membantu dalam kita menghadapi godaan. Justeru, nasihat Yakobus dari petikan yang kita telah baca adalah: “Saudara-saudara yang kukasihi, janganlah terpadaya.”

Janganlah terperdaya”, memperingatkan kita bahawa kita dapat menang. Kita dapat mengatasi godaan. Dari Yakobus 1:12-18, kita akan melihat empat perkara yang kita perlu tahu tentang godaan.

(1) Asal Godaan: Darimana datangnya godaan dalam perjalanan hidup kita; 13-14.

(2) Arahtuju Godaan: Apakah akibat godaan jika kita menurutinya; 15.

(3) Awasi Godaan: Kenapa kita perlu berwaspada terhadap godaan; 16-17.

(4) Atasi Godaan: Mengenal identiti kita dalam Yesus Kristus; 12, 18.

Untuk menyimpul perbualan kita, dari Yakobus 1:12-18, kita diperingatkan agar “janganlah terperdaya”, dan diberi keyakinan bahawa kita dapat mengatasi godaan. Kita yakin bahawa kita dapat mengatasi godaan, kerana siapa diri kita didalam Tuhan Yesus Kristus. Anda dikasihi Allah.

___

Perjamuan Tuhan.

Pagi ini kita akan bersama-sama dalam Perjamuan Kudus. Anda dan saya dapat berada di meja Tuhan oleh kerana kasih anugerah Tuhan semata-mata. Sebagai landasan kesyukuran kita dalam menghampiri meja Tuhan, saya membaca Ibrani 4:14-16.

Memandangkan kita mempunyai Imam Besar yang agung yang telah melalui syurga, iaitu Yesus Anak Allah, marilah kita berpegang teguh pada pengakuan kita. Kita tidaklah mempunyai Imam Besar yang tidak dapat merasakan kelemahan kita. Sebaliknya dalam segala hal Dia telah menghadapi godaan seperti yang kita hadapi, tetapi Dia tidak melakukan dosa. Oleh itu, marilah kita tampil dengan berani ke hadapan takhta kasih kurnia, supaya kita mendapat belas kasihan dan kasih kurnia untuk menolong kita ketika kita memerlukannya.”

Tuhan memberkati.

Lydia

[Firman Tuhan dikongsi dalam Kebaktian Hari Ahad, 02 Ogos 2020, 10AM]

--- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/lydia341/message
  continue reading

78 episod

Artwork
iconKongsi
 
Semua episod

×
 
Loading …

Selamat datang ke Player FM

Player FM mengimbas laman-laman web bagi podcast berkualiti tinggi untuk anda nikmati sekarang. Ia merupakan aplikasi podcast terbaik dan berfungsi untuk Android, iPhone, dan web. Daftar untuk melaraskan langganan merentasi peranti.

Panduan Rujukan Pantas

Podcast Teratas