S01E05 | Baca atau Deklamasi Puisi?
M4A•Laman utama episod
Manage episode 312009297 series 3213294
Kandungan disediakan oleh Silang Kata Podcast. Semua kandungan podcast termasuk episod, grafik dan perihalan podcast dimuat naik dan disediakan terus oleh Silang Kata Podcast atau rakan kongsi platform podcast mereka. Jika anda percaya seseorang menggunakan karya berhak cipta anda tanpa kebenaran anda, anda boleh mengikuti proses yang digariskan di sini https://ms.player.fm/legal.
Setiap kali menjelmanya bulan Ogos, semangat kemerdekaan pasti akan terasa di seluruh negara. Pada waktu ini jugalah pengucapan puisi akan bergema dengan berlangsungnya Sayembara Deklamasi.Episod kali ini memberi fokus kepada deklamasi puisi dengan membincangkan hal ini dari sudut: - Bagaimanakah caranya mahu menghayati sesebuah puisi? Setiap orang pasti ada cita rasa yang berbeza. Apa pula perbezaan sajak dan puisi? - Acara Baca Puisi: Bagaimanakah landskap acara baca puisi di Malaysia. Adakah ia benar-benar medan penghayatan puisi atau sekadar alasan untuk berhimpun? - Sempena musim sayembara deklamasi puisi yang sedang berlangsung, ayuh telusuri sejarah perkembangan pertandingan ini dan persoalan adakah ia perlu diberikan suatu evolusi untuk menarik anak muda? Bagi sebarang pertanyaan dan maklum balas, sila e-mel silangkatapodcast@gmail.com atau ke instagram @silangkatapodcast. Penerbit: Azree Ariffin Peneraju: Azree Ariffin, Hafiz Latiff & Sayidah Muizzah Penghargaan Suara Latar Intro & Outro : Zamir Azfar Nyanyian Lenggok Melayu: Nurainol Wahidah
…
continue reading
20 episod