Podcast Glombng #7 Bersama Azam Hisham: Jangan buang, bikin ulang

16:04
 
Kongsi
 

Manage episode 157558888 series 1225604
Oleh Glombng ditemui oleh Player FM dan komuniti kami - hak cipta dimiliki oleh penerbit, bukan Player FM, dan audio distrim secara langsung dari pelayan mereka. Tekan butang Langgan untuk mengesan kemas kini di Player FM, atau tampal suapan URL ke dalam aplikasi podcast lain.
Kita bertemu dengan Azam Hisham dari Biji-Biji Initiative di dalam Podcast Glombng kali ini dan dia menjelaskan apa itu konsep ‘upcycling’. Penggunaan semula secara kreatif, atau ‘upcycling’ merupakan cara untuk mengguna semula barang yang hendak dibuang, dengan mengolahnya menjadi bahan baru yang mungkin lain dari tujuan asalnya. Biji-Biji dalam usahanya menyebarkan kesedaran tentang ‘upcycling’ membuka bengkel-bengkel yang diisi alatan dan mesin untuk digunakan orang awam yang mempunyai idea-idea untuk mengolah semula barang buangan. Sama ada ia barangan kayu, kain, mahupun elektronik, mereka mengalu-alukan orang ramai untuk pergi ke bengkel dan cuba – dan seterusnya menambahbaik idea mereka. Baca lagi di glombng.wordpress.com

10 episod