kategori umum
[subscription 25]
Current Affairs Podcast Terbaik yang Boleh Kami Cari
Current Affairs Podcast Terbaik yang Boleh Kami Cari
Nikmati segmen berita dari platform popular seperti 60 Minit, PBS, Inside Europe, CBS, ABC dan podcast yang merangkumi sains, seni, kesihatan, politik dan banyak lagi, termasuk kemas kini, analisis dan dokumentari.
lebih
Download the App!
Loading …
 
Masalah kewangan yang melanda Utusan Malaysia telah menggugat status kewujudannya sebagai salah satu akhbar berbahasa Melayu yang tertua di negara ini. Walaupun mereka dikatakan akan meneruskan kehidupannya buat masa ini, apakah yang menyebabkan mereka berada dalam situasi ini? Keengganan untuk berubah, pendekatan yang lapuk atau hubungan dengan pa…
  continue reading
 
Sebagai salah sebuah kolektif seni multi disiplin yang “otai” di Malaysia, Projek Rabak telah melihat dan melakukan hampir semua jenis aktiviti seni yang kita fikirkan. Bagaimanakah kolektif seni dari Ipoh ini memulakan perjalanan mereka, dan mengimbangkan antara jati diri dan identiti tempatan, dengan pendekatan yang lebih global? Kita teroka.…
  continue reading
 
Rancangan pengenalan komponen tulisan khat dalam kurikulum Bahasa Melayu di sekolah telah menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan masyarakat. Apakah yang mendorong reaksi sebegini? Kami cuba memahami konteks sejarah tulisan jawi dan khat dalam Bahasa Melayu dan budaya kita, serta hubung kait isu ini dengan formula negara bangsa.…
  continue reading
 
Sebagai medium yang mendapat persepsi sebagai sesuatu yang kadang kala dianggap terlalu serius ataupun membosankan, filem dokumentari masih mempunyai peranan yang penting dalam masyarakat. Dalam episod kali ini, pembikin filem dokumentari, Rahmah Pauzi akan menceritakan bagaimana dokumentari masih lagi relevan dalam kehidupan kita.…
  continue reading
 
Landskap dunia pekerjaan kini telah berubah dengan wujudnya “gig economy”, yang menawarkan pekerja lebih fleksibiliti serta peluang untuk menjana pendapatan yang lebih, bergantung kepada usaha. Apakah di antara industri-industri yang menawarkan peluang yang cerah kepada pekerja separuh masa, dan apakah realiti bekerja sebagai seorang “freelancer”? …
  continue reading
 
Satar, juadah snek yang diperbuat daripada ikan, dibalut dengan daun pisang, dan dipanggang, adalah juadah tradisional dari Terengganu yang mempunyai kaitan yang amat rapat dengan masyarakat dan alam sekitar di sana. Dalam episod ini, kami akan cuba memahami hubungan tersebut, dan bagaimana kelestarian alam sekitar serta hubungannya dengan masyarak…
  continue reading
 
Baru-baru ini dunia digemparkan dengan satu perkembangan yang dijangkakan akan mempunyai kesan yang mendalam kepada dunia teknologi. Rentetan daripada peperangan perdagangan di antara Amerika Syarikat dan China, kerajaan Amerika memutuskan untuk menyenarai hitamkan pelbagai syarikat dari China, termasuklah syarikat teknologi gergasi, Huawei. Apakah…
  continue reading
 
Sebagai nadi masyarakat, guru memikul tanggungjawab yang amat berat untuk mencorak generasi masa hadapan. Apakah tanggungjawab mereka, dan bagaimana mereka memikul amanah ini, dengan keadaan semasa yang kini telah banyak berubah? Bagaimana mereka menguruskan hubungan mereka dengan pelajar, dalam konteks moden? Kami bercakap dengan seorang guru, unt…
  continue reading
 
Landskap dunia pekerjaan moden yang telah mengalami perubahan, dan kini lebih terpisah antara satu sama lain bermakna nasib golongan pekerja menjadi semakin terumbang-ambing. Cabaran yang dihadapi ini, dicampur pula dengan isu-isu lain seperti gaji, dan perlindungan di tempat kerja, menunjukkan bahawa perjuangan nasib golongan pekerja masih belum s…
  continue reading
 
Pada masa kini, ramai golongan muda yang berbakat ingin menjadi penyanyi atau pemuzik. Walaupun jalannya kini lebih mudah dan cerah, terutamanya jika mereka berusaha keras, pendidikan formal yang teratur untuk mengasah bakat tersebut mungkin masih diperlukan. Menyedari perkara tersebut, Amir Jahari, seorang pemuzik arus perdana yang kini mencuba na…
  continue reading
 
Sejarah adalah salah satu asas penting untuk kita mengenal identiti peribadi, masyarakat dan dunia sekeliling kita. Di Malaysia, kita kadang-kala dibiasakan dengan naratif “rasmi”, yang mungkin tidak begitu inklusif atau menyeluruh, merangkumi setiap aspek masyarakat dan persekitaran. Imagined Malaysia adalah satu kumpulan yang cuba membawa perspek…
  continue reading
 
Seni penulisan adalah satu seni yang kompleks, yang memerlukan pendekatan yang amat teliti. Bagaimanakah seseorang penulis itu mula membuat coretan apa yang berada di benak fikiran mereka? Dan bagaimanakah pengalaman peribadinya mempengaruhi hasil kerja? Bila Larut Malam cuba kupas persoalan-soalan ini dengan satu perbualan bersama seorang penulis.…
  continue reading
 
Negara kita sudah lama bebas daripada belenggu penjajah, tetapi legasi dan kesan penjajahan masih lagi kita rasa sehingga ini. Pemikiran post-kolonialisme cuba mendalami dan memahami hubungan itu, dan kesannya kepada masyarakat, ekonomi, politik dan struktur sosial sesebuah negara itu. Dalam episod ini, Bila Larut Malam cuba memahami asas pemikiran…
  continue reading
 
Produk berasaskan kulit yang dibuat berdasarkan citarasa kita sendiri kini semakin mendapat tempat dalam kalangan penggemarnya. Apakah keunikan produk ini, yang membezakannya dengan material-material lain? Adakah kulit mempunyai ciri yang unik yang menyebabkan orang menggemarinya? Kami mencari jawapannya bersama dengan seorang tukang jahit produk k…
  continue reading
 
Walaupun sering kali diingatkan, masih lagi ramai di antara kita yang menjadi mangsa phishing ataupun scam di atas talian. Mereka yang terlibat dalam kancah jenayah ini juga mempunyai pelbagai macam cara untuk memerangkap mangsa. Dalam episod kali ini, Bila Larut Malam cuba memahami pelbagai macam kaedah phishing, dan bagaimana kita boleh berhati-h…
  continue reading
 
Bagi golongan wanita berkerjaya, akan tiba satu masa di mana mereka terpaksa memilih untuk mengutamakan kerjaya atau keluarga. Untuk wanita yang memilih untuk mengutamakan keluarga dahulu dan meninggalkan kerjaya buat sementara waktu, jalan untuk kembali ke alam pekerjaan tidaklah semudah yang disangkakan. Dalam bahagian kedua penerokaan topik ini,…
  continue reading
 
Bagi golongan wanita berkerjaya, akan tiba satu masa di mana mereka terpaksa memilih untuk mengutamakan kerjaya atau keluarga. Untuk wanita yang memilih untuk mengutamakan keluarga dahulu dan meninggalkan kerjaya buat sementara waktu, jalan untuk kembali ke alam pekerjaan tidaklah semudah yang disangkakan. Dalam bahagian pertama penerokaan topik in…
  continue reading
 
Scene “indie” atau alternatif sudah menjadi sebahagian daripada gaya hidup kita, terutamanya di bandar. Tetapi bagaimana agaknya scene tersebut di luar kotaraya? Untuk mencari jawapannya, kami berkunjung ke sebuah cafe yang menyajikan kopi, ruang wacana, serta jualan barangan indie di Jasin, Melaka, untuk melihat sendiri bagaimana scene tersebut su…
  continue reading
 
Sempena Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa, Bila Larut Malam mengimbas kembali beberapa perbincangan tentang bahasa Melayu yang merungkai soal hubungan bahasa dengan hierarki masyarakat, keutuhan bahasa tersebut sebagai bahasa intelektual, penciptaan terma-terma baru untuk jargon-jargon moden dan unjuran bahasa kita pada masa hadapan, dengan mengambil…
  continue reading
 
Semua orang sukakan jalan cerita atau naratif yang baik dalam sesebuah cerita, tetapi adakah naratif itu sebenarnya praktikal dan berguna dalam konteks sejarah, di mana fakta patut diutamakan? Adakah naratif, yang mempunyai beban emosi, patut diketepikan dalam konteks sejarah? Dan bolehkah kita lakukan sedemikian? Kami cuba teroka, berdasarkan sebu…
  continue reading
 
Nusantara dan kemanusiaan - dua aspek yang kini dilihat agak ganjil untuk disertakan bersama. Walhal, nilai-nilai kemanusiaan sentiasa wujud dalam dunia nusantara. Di mana putusnya pegangan dunia ini dengan nilai kemanusiaan? Dan bagaimana kita boleh mengembalikannya semula, tanpa meminggirkan amalan dan budaya masyarakat rantau ini?…
  continue reading
 
Falsafah adalah satu topik perbincangan yang kadang-kala dianggap berat dalam masyarakat, tetapi kini ianya sudah mula mendapat tempat dalam kehidupan kita. Walaubagaimanapun, adakah masih terdapat jurang di antara golongan yang berfalsafah, dengan mereka yang tidak? Dan adakah falsafah boleh mendapat tempat yang kukuh dalam hati kita, tanpa merasa…
  continue reading
 
Sama ada buat selamanya, atau hanya sementara, majalah Mastika telah melabuhkan tirainya November lepas, selepas 77 tahun mendidik, menghibur dan menakutkan pembaca di Malaysia. Setuju atau tidak dengan kandungan dan pendekatan editorialnya yang kadang kala bersifat sensasi, kesan dan legasi Mastika dalam dunia penerbitan negara tidak boleh disangk…
  continue reading
 
Semua orang ingin mengecapi kejayaan dalam kerjaya mereka, dari sudut pelbagai aspek, sama ada pangkat, gaji, dan kepuasan pekerjaan. Bagaimanakah kita boleh mempersiapkan diri untuk mendaki tangga kerjaya itu? Dan adakah kemajuan kerjaya itu terhad hanya kepada satu syarikat? Perunding kerjaya, Ameirul Azraie Mustadza memberikan bimbingan beliau.…
  continue reading
 
Di sebalik kesibukan kita menggunakan media sosial untuk memaparkan satu persepsi yang terbaik untuk tatapan orang ramai, terdapat juga mereka yang menggunakan medium tersebut untuk berkongsi kisah mereka yang jarang kita berikan perhatian. Itulah niat Documenting Kuala, satu inisiatif yang menggunakan Instagram sebagai gelanggang untuk berkongsi k…
  continue reading
 
Seni budaya tradisional masih mempunyai tempat dalam dunia ini, walaupun berdepan dengan pelbagai macam cabaran. Tetapi di manakah tempatnya? Adakah cukup sekiranya ianya diiktiraf pihak berkuasa dan berkepentingan, tanpa pelapis-pelapis muda yang meneruskan usaha-usaha ini? Pauline Fan dari Pusaka menyertai kami untuk membincangkan perkara ini.…
  continue reading
 
Kegilaan masyarakat kita dengan elemen yang seram dan menakutkan merangkumi pelbagai aspek. Ada yang minat filem dan cerita seram, ada juga yang lebih minat untuk meneroka tempat-tempat yang dianggap “keras” untuk melihat sendiri “hantu” dalam dunia nyata ini. Semangat ingin tahu itu sedikit sebanyak telah membantu mewujudkan pelbagai jenis kumpula…
  continue reading
 
Aktiviti mendaki, atau “hiking” adalah satu aktiviti riadah yang kini telah menjadi pilihan orang ramai. Sama ada niat anda adalah untuk melihat pemandangan di puncak, bersatu dengan alam sekitar, atau ingin mencabar kecergasan dan kecerdasan diri, aktiviti ini ada manfaatnya untuk semua. Bagi Amiruddin Haron, minat mendaki yang telah dipupuk sekia…
  continue reading
 
Walaupun genre seram sebagai satu bentuk hiburan masih lagi menjadi kegemaran dalam masyarakat kita, tempat naratif-naratif yang mempunyai unsur-unsur ini dalam kalangan masyarakat akar umbi boleh dipersoalkan, terutamanya apabila angin kemodenan kencang membawa pengaruhnya. Adakah masih terdapat tempat untuk naratif ini hidup selesa dalam kalangan…
  continue reading
 
Hubungan muzik dengan masyarakat tidak terhad hanya sebagai medium hiburan untuk tujuan suka ria. Akar umbi yang menghubungkan muzik dengan budaya dan masyarakat adalah amat dalam, dan mempengaruhi cara sesebuah masyarakat itu hidup. Kajian tentang aspek ini dipanggil etnomusikologi, dan minggu ini, Bila Larut Malam akan mempelajari bagaimana kajia…
  continue reading
 
Pangrok Sulap adalah satu kolektif “punk rock” dari Sabah yang memperjuangkan semangat “punk” melalui seni, untuk golongan akar umbi dan masyarakat kampung. Berbekalkan slogan “Jangan Beli, Bikin Sendiri”, isu-isu sosial masyarakat ini diketengahkan dengan pendekatan DIY. Mereka menyertai rancangan Bila Larut Malam untuk menceritakan usaha mereka, …
  continue reading
 
Pemergian komposer lagu Irama Malaysia yang terkenal, Datuk Suhaimi Mohd. Zain, atau Pak Ngah baru-baru ini menimbulkan persoalan tentang tempat genre tersebut dalam muzik kontemporari sekarang. Di manakah lagu-lagu tradisional ini? Adakah ianya kini terhad hanya kepada pertunjukan seni ataupun persembahan di peringkat akar umbi? Kami kupas.…
  continue reading
 
Pekerjaan dalam bahagian jualan memerlukan kemahiran dan personaliti yang tersendiri, dan ini menyebabkan ianya tidak begitu menjadi pilihan dalam kalangan pemburu kerja. Apakah yang boleh pemburu kerja lakukan, sekiranya mereka ingin menceburi bidang ini? Apakah persiapan, serta cabaran yang perlu mereka tahu, sebelum menceburinya?…
  continue reading
 
Ekonomi digital telah dilihat sebagai satu destinasi seterusnya dalam memudahkan hidup kita. Penerimaannya semakin meluas, tetapi adakah perkara ini berlaku secara halus, tanpa kita sedari, didorong oleh institusi dan pihak korporat, untuk kepentingan mereka? Dengar perbincangan kami tentang “nudge theory,” dan penggunaanya dalam ekonomi digital, u…
  continue reading
 
Sempena kemerdekaan tahun ini, Bila Larut Malam akan cuba memahami apakah itu nasionalisme, dan bagaimana media boleh menyatukan masyarakat dengan latar belakang yang berbeza, berdasarkan pemahaman Benedict Anderson, melalui karya terkenalnya, “Imagined Communities: Reflections on the Origin and Spread of Nationalism.”…
  continue reading
 
Masyarakat majmuk di Malaysia kaya dengan pelbagai budaya dan tradisi, dan walaupun kepelbagaian ini diraih, kita kadang kala masih alpa dalam mengenal budaya masing-masing dengan lebih mendalam. Apakah cara yang terbaik untuk membolehkan kita betul-betul mengenali satu sama lain dengan baik? Adakah mengformalkan pembelajaran budaya di sekolah adal…
  continue reading
 
Di Malaysia ini, kita sering disajikan dengan pelbagai macam benda yang “viral” atau tular di media sosial kita. Daripada benda yang membangkitkan kemarahan sehinggalah benda yang kelakar atau menyayat hati, semua benda boleh viral pada masa kini, baik dalam bentuk video, gambar atau artikel. Kenapa sering sangat benda viral di Malaysia? Dan macam …
  continue reading
 
Kalau anda jenis yang sukakan barangan terpakai atau “vintage”, pasar bundle bukanlah sesuatu yang asing. Pada masa kini, ramai golongan di luar sana yang sudah pandai mencari nilai tersembunyi dalam benda yang terpakai, terutamanya pakaian. Dan kegilaan kepada pakaian bundle ini boleh membuatkan seseorang itu menghabiskan masa berjam-jam “menyelam…
  continue reading
 
Kalau dulunya dianggap sebagai satu bentuk vandalisme dan menentang norma, graffiti kini sudah mula diterima, dan telah mendapat tempat dalam sekitar bandar kita. Di manakah bermulanya perubahan tersebut, dan apakah cabaran yang dihadapi artis graffiti di bandar ini, untuk mendemokrasikan seni yang kadang kalanya, bersifat elitis? Bila Larut Malam …
  continue reading
 
Tidak semua pemburu kerja di luar sana berpeluang mendapatkan kerja impian mereka, terutamanya dalam keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu. Apabila dihimpit dengan situasi ini, perlukah pemburu kerja berhenti memilih, dan mengubah strategi mereka dalam mendapatkan kerja yang boleh meneruskan kelangsungan hidup mereka? Bagaimanakah cara yang terb…
  continue reading
 
Bagi sesetengah orang, identiti adalah komponen yang penting yang menjadi tunjang keperibadian mereka. Pembentukan identiti berlaku pada awal usia, dan dipengaruhi pelbagai komponen seperti persekitaran, sosio-ekonomi, keluarga, nilai-nilai, dan pelbagai macam lagi. Identiti itu senang dikekalkan dalam keadaan di mana persekitaran itu selamat dan s…
  continue reading
 
“Orientalisme” mengkaji hubungan Barat-Timur, dengan melihat persepsi dunia Barat ke atas Timur, dan bagaimana ianya mempengaruhi dinamik hubungan tersebut. Bila Larut Malam akan cuba mengupas asas Orientalisme, berdasarkan hasil kerja Edward Said, serta melihat bagaimana teori ini kekal relevan dalam dunia moden yang berkiblatkan Barat, dan kesann…
  continue reading
 
Kaedah cetakan “silkscreen printing” semakin popular dalam kalangan mereka yang gemarkan proses penghasilan seni yang lebih bermakna dan peribadi. Bagi mereka yang menghasilkannya pula, proses tradisional yang memakan lebih masa ini lebih membawa kepuasan yang sukar digambarkan. Apakah tarikannya, berbanding kaedah cetakan moden menggunakan mesin y…
  continue reading
 
Loading …

Panduan Rujukan Pantas

Podcast Teratas