Artwork

Kandungan disediakan oleh Lydia Usun Ngimat. Semua kandungan podcast termasuk episod, grafik dan perihalan podcast dimuat naik dan disediakan terus oleh Lydia Usun Ngimat atau rakan kongsi platform podcast mereka. Jika anda percaya seseorang menggunakan karya berhak cipta anda tanpa kebenaran anda, anda boleh mengikuti proses yang digariskan di sini https://ms.player.fm/legal.
Player FM - Aplikasi Podcast
Pergi ke luar talian dengan aplikasi Player FM !

E28: “Mengenal Hal-Hal Besar Yang Tak Terselami” – Yeremia 33:3

15:24
 
Kongsi
 
Manage episode 286116555 series 2871281
Kandungan disediakan oleh Lydia Usun Ngimat. Semua kandungan podcast termasuk episod, grafik dan perihalan podcast dimuat naik dan disediakan terus oleh Lydia Usun Ngimat atau rakan kongsi platform podcast mereka. Jika anda percaya seseorang menggunakan karya berhak cipta anda tanpa kebenaran anda, anda boleh mengikuti proses yang digariskan di sini https://ms.player.fm/legal.

Shalom!

Dalam persekutuan doa kita malam ini, kita membaca Yeremia 33:1-9; dan mengambil Yeremia 33:3 sebagai tema perbualan kita, dengan tajuk “Mengenal Hal-Hal Besar Yang Tak Terselami”.

Ayat 3, “Berserulah kepada-Ku, maka Aku akan menjawab engkau dan menyatakan kepadamu hal-hal yang besar dan tidak terselami, iaitu hal-hal yang tidak kauketahui.”

Dari Yeremia 33:1, kita diberitahu, Yeremia berada dalam lokap ketika Tuhan berfirman kepadanya. Yeremia mula bernubuat dalam tahun-tahun yang tegang di Yehuda, sebelum Babylon menyerang dan menawan Yehuda, dan membawa ramai orang ke dalam buangan (exiled). Jadi dalam masa yang cemas, firman Tuhan datang untuk memanggil orang-orang percaya untuk berseru kepada Tuhan agar mereka mengenal rencana-Nya. Hal-hal besar yang tidak dapat diselami dan yang belum diketahui. Di ayat 2, dasar untuk mempercayai bahawa seruan di ayat 3 benar, adalah TUHAN sendiri; Dia sendiri yang berbicara, dan kaitkan Nama-Nya kepada pesanan itu sebagai Pencipta, yang menjadi, membentuk, dan menegak bumi.

Dari teks yang telah kita baca, Yeremia 33:1-9, kita melihat 3 perkara yang melampui fikiran manusia, yang tidak dapat kita selami, yang Tuhan sendiri beritahu kepada kita melalui Nabi Yeremia.

(1) Penghakiman Tuhan Tidak Terduga, Yeremia 33:4-5.

(2) Pengampunan Tuhan Tidak Terbatas, Yeremia 33:6-8.

(3) Kesejahteraan Dari Tuhan Tidak Terselami, Yeremia 33:9.

Kesimpulan dari perbualan dan renungan kita; kita terkira sebagai manusia yang memberontak terhadap Allah, orang-orang berdosa, dan sepatutnya menerima hukuman. Tetapi perkara yang tidak dapat terselami fikiran manusia terjadi, Tuhan telah memberi jalan agar kita diampuni dan diselamatkan dalam Yesus Kristus, dan kita diberi-Nya damai sejahtera.

Rasul Paulus dalam Roma bab 3 menerangnya bagi kita begini, “kerana semua manusia telah berdosa dan tidak dapat mencapai kemuliaan Allah. Namun demikian, dengan kasih kurnia Allah yang dikurniakan-Nya dengan rela, manusia dapat diperbenar melalui penebusan yang terdapat dalam Kristus Yesus. Allah menjadikan Yesus korban pendamaian supaya dengan kematian-Nya, dosa orang yang beriman kepada-Nya diampunkan. Allah berbuat demikian untuk memperlihatkan keadilan-Nya …”, Roma 3:23-25.

Haleluyah. Sungguh luarbiasa. Inilah perkara-perkara besar yang tidak terselami oleh kita yang telah dilakukan Allah bagi kita. Inilah perkara-perkara yang harus kita hargai dan syukuri selalu dalam hidup kita.

Tuhan memberkati semua.

Lydia.

[Firman Tuhan dikongsi melalui Whatsapp Group, dalam Persekutuan Doa Keluarga, Selasa 02 Jun 2020, 8 PM]

--- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/lydia341/message
  continue reading

78 episod

Artwork
iconKongsi
 
Semua episod

×
 
Loading …

Selamat datang ke Player FM

Player FM mengimbas laman-laman web bagi podcast berkualiti tinggi untuk anda nikmati sekarang. Ia merupakan aplikasi podcast terbaik dan berfungsi untuk Android, iPhone, dan web. Daftar untuk melaraskan langganan merentasi peranti.

Panduan Rujukan Pantas

Podcast Teratas