BFM Media Sdn Bhd awam
[search 0]
×
Podcast BFM Media Sdn Bhd terbaik yang kami temui (dikemaskini Ogos 2020)
Podcast BFM Media Sdn Bhd terbaik yang kami temui
Dikemaskini Ogos 2020
Sertai jutaan pergguna Player FM hari ini untuk mendapatkan berita dan kilasan untuk perkara yang anda gemari, walau anda di luar talian. Podcast lebih bijak dengan aplikasi podcast percuma yang menolak kompromi. Jom main!
Sertai aplikasi podcast terbaik di dunia untuk mengurus rancangan kegemaran anda di talian dan mainkan ia di luar talian dengan aplikasi Android dan iOS. Ia percuma dan mudah!
More
show episodes
 
Loading …
show series
 
Masalah kewangan yang melanda Utusan Malaysia telah menggugat status kewujudannya sebagai salah satu akhbar berbahasa Melayu yang tertua di negara ini. Walaupun mereka dikatakan akan meneruskan kehidupannya buat masa ini, apakah yang menyebabkan mereka berada dalam situasi ini? Keengganan untuk berubah, pendekatan yang lapuk atau hubungan dengan pa…
 
Sebagai salah sebuah kolektif seni multi disiplin yang “otai” di Malaysia, Projek Rabak telah melihat dan melakukan hampir semua jenis aktiviti seni yang kita fikirkan. Bagaimanakah kolektif seni dari Ipoh ini memulakan perjalanan mereka, dan mengimbangkan antara jati diri dan identiti tempatan, dengan pendekatan yang lebih global? Kita teroka.…
 
Sebagai medium yang mendapat persepsi sebagai sesuatu yang kadang kala dianggap terlalu serius ataupun membosankan, filem dokumentari masih mempunyai peranan yang penting dalam masyarakat. Dalam episod kali ini, pembikin filem dokumentari, Rahmah Pauzi akan menceritakan bagaimana dokumentari masih lagi relevan dalam kehidupan kita.…
 
Landskap dunia pekerjaan kini telah berubah dengan wujudnya “gig economy”, yang menawarkan pekerja lebih fleksibiliti serta peluang untuk menjana pendapatan yang lebih, bergantung kepada usaha. Apakah di antara industri-industri yang menawarkan peluang yang cerah kepada pekerja separuh masa, dan apakah realiti bekerja sebagai seorang “freelancer”? …
 
Satar, juadah snek yang diperbuat daripada ikan, dibalut dengan daun pisang, dan dipanggang, adalah juadah tradisional dari Terengganu yang mempunyai kaitan yang amat rapat dengan masyarakat dan alam sekitar di sana. Dalam episod ini, kami akan cuba memahami hubungan tersebut, dan bagaimana kelestarian alam sekitar serta hubungannya dengan masyarak…
 
Baru-baru ini dunia digemparkan dengan satu perkembangan yang dijangkakan akan mempunyai kesan yang mendalam kepada dunia teknologi. Rentetan daripada peperangan perdagangan di antara Amerika Syarikat dan China, kerajaan Amerika memutuskan untuk menyenarai hitamkan pelbagai syarikat dari China, termasuklah syarikat teknologi gergasi, Huawei. Apakah…
 
Sebagai nadi masyarakat, guru memikul tanggungjawab yang amat berat untuk mencorak generasi masa hadapan. Apakah tanggungjawab mereka, dan bagaimana mereka memikul amanah ini, dengan keadaan semasa yang kini telah banyak berubah? Bagaimana mereka menguruskan hubungan mereka dengan pelajar, dalam konteks moden? Kami bercakap dengan seorang guru, unt…
 
Landskap dunia pekerjaan moden yang telah mengalami perubahan, dan kini lebih terpisah antara satu sama lain bermakna nasib golongan pekerja menjadi semakin terumbang-ambing. Cabaran yang dihadapi ini, dicampur pula dengan isu-isu lain seperti gaji, dan perlindungan di tempat kerja, menunjukkan bahawa perjuangan nasib golongan pekerja masih belum s…
 
Pada masa kini, ramai golongan muda yang berbakat ingin menjadi penyanyi atau pemuzik. Walaupun jalannya kini lebih mudah dan cerah, terutamanya jika mereka berusaha keras, pendidikan formal yang teratur untuk mengasah bakat tersebut mungkin masih diperlukan. Menyedari perkara tersebut, Amir Jahari, seorang pemuzik arus perdana yang kini mencuba na…
 
Sejarah adalah salah satu asas penting untuk kita mengenal identiti peribadi, masyarakat dan dunia sekeliling kita. Di Malaysia, kita kadang-kala dibiasakan dengan naratif “rasmi”, yang mungkin tidak begitu inklusif atau menyeluruh, merangkumi setiap aspek masyarakat dan persekitaran. Imagined Malaysia adalah satu kumpulan yang cuba membawa perspek…
 
Seni penulisan adalah satu seni yang kompleks, yang memerlukan pendekatan yang amat teliti. Bagaimanakah seseorang penulis itu mula membuat coretan apa yang berada di benak fikiran mereka? Dan bagaimanakah pengalaman peribadinya mempengaruhi hasil kerja? Bila Larut Malam cuba kupas persoalan-soalan ini dengan satu perbualan bersama seorang penulis.…
 
Negara kita sudah lama bebas daripada belenggu penjajah, tetapi legasi dan kesan penjajahan masih lagi kita rasa sehingga ini. Pemikiran post-kolonialisme cuba mendalami dan memahami hubungan itu, dan kesannya kepada masyarakat, ekonomi, politik dan struktur sosial sesebuah negara itu. Dalam episod ini, Bila Larut Malam cuba memahami asas pemikiran…
 
Produk berasaskan kulit yang dibuat berdasarkan citarasa kita sendiri kini semakin mendapat tempat dalam kalangan penggemarnya. Apakah keunikan produk ini, yang membezakannya dengan material-material lain? Adakah kulit mempunyai ciri yang unik yang menyebabkan orang menggemarinya? Kami mencari jawapannya bersama dengan seorang tukang jahit produk k…
 
Walaupun sering kali diingatkan, masih lagi ramai di antara kita yang menjadi mangsa phishing ataupun scam di atas talian. Mereka yang terlibat dalam kancah jenayah ini juga mempunyai pelbagai macam cara untuk memerangkap mangsa. Dalam episod kali ini, Bila Larut Malam cuba memahami pelbagai macam kaedah phishing, dan bagaimana kita boleh berhati-h…
 
Bagi golongan wanita berkerjaya, akan tiba satu masa di mana mereka terpaksa memilih untuk mengutamakan kerjaya atau keluarga. Untuk wanita yang memilih untuk mengutamakan keluarga dahulu dan meninggalkan kerjaya buat sementara waktu, jalan untuk kembali ke alam pekerjaan tidaklah semudah yang disangkakan. Dalam bahagian kedua penerokaan topik ini,…
 
Bagi golongan wanita berkerjaya, akan tiba satu masa di mana mereka terpaksa memilih untuk mengutamakan kerjaya atau keluarga. Untuk wanita yang memilih untuk mengutamakan keluarga dahulu dan meninggalkan kerjaya buat sementara waktu, jalan untuk kembali ke alam pekerjaan tidaklah semudah yang disangkakan. Dalam bahagian pertama penerokaan topik in…
 
Scene “indie” atau alternatif sudah menjadi sebahagian daripada gaya hidup kita, terutamanya di bandar. Tetapi bagaimana agaknya scene tersebut di luar kotaraya? Untuk mencari jawapannya, kami berkunjung ke sebuah cafe yang menyajikan kopi, ruang wacana, serta jualan barangan indie di Jasin, Melaka, untuk melihat sendiri bagaimana scene tersebut su…
 
Sempena Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa, Bila Larut Malam mengimbas kembali beberapa perbincangan tentang bahasa Melayu yang merungkai soal hubungan bahasa dengan hierarki masyarakat, keutuhan bahasa tersebut sebagai bahasa intelektual, penciptaan terma-terma baru untuk jargon-jargon moden dan unjuran bahasa kita pada masa hadapan, dengan mengambil…
 
Semua orang sukakan jalan cerita atau naratif yang baik dalam sesebuah cerita, tetapi adakah naratif itu sebenarnya praktikal dan berguna dalam konteks sejarah, di mana fakta patut diutamakan? Adakah naratif, yang mempunyai beban emosi, patut diketepikan dalam konteks sejarah? Dan bolehkah kita lakukan sedemikian? Kami cuba teroka, berdasarkan sebu…
 
Nusantara dan kemanusiaan - dua aspek yang kini dilihat agak ganjil untuk disertakan bersama. Walhal, nilai-nilai kemanusiaan sentiasa wujud dalam dunia nusantara. Di mana putusnya pegangan dunia ini dengan nilai kemanusiaan? Dan bagaimana kita boleh mengembalikannya semula, tanpa meminggirkan amalan dan budaya masyarakat rantau ini?…
 
Loading …

Panduan Rujukan Pantas

Google login Twitter login Classic login